Ikan Bilis Air Tawar Premium - 500g

MYR60.00
*Please select product variation first
Weight
Quantity
  • 256-bit SSL secure checkout
  • Fast same day shipping
  • 100% satisfaction guarantee
  • Easy and secure payment
  • 14 days easy return policy

Dah pernah cuba Ikan Bilis Air Tawar?

Ikan Bilis Air Tawar adalah ikan endemik (hanya boleh hidup) di perairan air tawar.

Ikan Bilis Air Tawar
ini banyak membiak di persekitaran Danau Singkarak, Sumatera Barat Indonesia. Sebuah danau yang luas bercuaca dingin di kawasan gunung berapi.

Ikan Bilis Air Tawar ini tidak hidup di tempat lain. Menjadikan Ikan Bilis Air Tawar ini sebuah makanan yang unik dan ekslusif.

Saiz Ikan Bilis Air Tawar ini lebih besar sedikit berbanding ikan bilis biasa. Ukurannya lebih kurang 6-12cm. Ikan ini berbentuk seperti ikan kebanyakan yang bersisik perak dan sirip kehitaman tapi dalam saiz yang lebih kecil.

Kandungan Ikan Bilis Air Tawar ini mengandungi 13.02% protein, 4.62% lemak, 2.2% Kalsium, 1.2% Magnesium dan 75.62% Air. Sangat sesuai untuk dijadikan makanan diet.


Kelebihan

  • Rasa yang rangup
  • Tahan lama selepas digoreng
  • Ikan yang hidup di air tawar di kawasan Sumatera Barat Indonesia.
  • Jika sudah di campur dengan sambal kadar ketahanannya akan berkurang. 3-4 Hari paling lama dalam penyimpanan suhu bilik.
  • Dagingnya yang mengandungi protein yang tinggi dan asam amino yang senang untuk di cerna oleh pencernaan manusia
  • Calcium yang tinggi untuk proses pertumbuhan tulang dan gigi kanak kanak.
  • Isi perut dan kepala boleh dimakan tanpa perlu di buang


Cara Hidang

  • Panaskan dalam minyak yang masak sekitar 1- 2 minit
  • Tidak perlu di masak terlalu lama.
  • Boleh di makan sebagai kudapan selepas di goreng.
  • Boleh di gaul dengan Sambal Merah, Sambal hijau, Sambal petai, dan jenis sambal lain kesukaan anda.


Cara Penyimpanan

  • Simpan dalam peti ais untuk tahan lama. (Boleh tahan 6 bulan)
  • Simpan pada suhu bilik boleh tahan 3 bulan
  • Jika sudah di campur dengan sambal, kadar ketahanannya berkurang. 3 Hari paling lama dalam penyimpanan suhu bilik.

Ikan Bilis Air Tawar Sambal Hijau Petai - Resipi Urang Awak